Monday, March 19, 2012

ada di dalam

"kecewa, sedih, sunyi, kecewa, sedih, sunyi"

sudah terbiasa, bisa mungkin aku ubah, akan aku tukar. bisa mungkin aku lari, akan aku pergi. jauh, jauh dari kecewa, jauh dari sedih, jauh dari sunyi. jauh dari kamu, jauh dari kenangan, jauh dari rasa sakit. tiada banyak aku pinta, sedikit kegembiraan, sekadar peneman hati. peneman sehidup semati. 


Friday, March 16, 2012

Hampir Satu Tahun

Disingkap semula, hampir satu tahun tiada bercatat, tiada bertulis. hampir satu tahun juga aku jatuh, bangun berdiri lalu jatuh lagi. Kecewa dan hampa, belajar dari khilaf. Cuba menjadi pencatat, penulis sepenuh jiwa. Mana mungkin mampu ku undur masa lalu. sekali lagi, aku menulis, di kantor dingin, di ruang sunyi sepi, di balik bunyian papan kekunci, dan terus memikir. 

Apa ada pada masa lalu? Apa jadi pada masa itu? Indah untuk diingat, pahit untuk dikenang. Menilai aku dari masa lalu? Zaman gelap? Sangat tidak adil bagiku. Aku baru kenal, siapa sahabat, siapa kawan, siapa mampu ketawa bersama, siapa tinggalkan aku menangis, siapa sudi berkongsi lara. Baru ku kenal. Terima Kasih Tuhan, Kau tunjukkan apa yang aku dibutakan sebelum ini. 

Andai aku mampu jadi jahat, aku bersungguh sungguh jahat. Lebih kejam daripada Hitler, lebih kejam daripada Robespierre. Sungguh, aku bukan manusia jenis itu, bukan, jauh sekali. Andai yang jahat itu, cukup jahat, kamu, paling kejam aku pernah kenal. Baru terbuka, jelas. Kamu tahu kamu siapa bukan? si Penipu. Kamu kejam, kejam, kejam!

jangan disanjung, tiada apa perlu dibangga, tulisan anak muda.

Untuk yang lainnya, usah cepat percaya, mulut manusia mudah melafaz bohong, tipu segala. Jangan mudah memberi, andai belum tentu kemana perginya. Jangan mudah jatuh, andai tidak mahu merasa sakitnya. Jangan sesekali, kerana aku sudah merasa, sakit. 

Masih mengalir sakit, aku tahu. Kamu, andai di Luh Mahfuz tercatat nama kamu, aku terima seadanya. Aku tahu kamu akan berubah. Tiada mungkin mudah aku lupakan yang pertama, menusuk di hati

Thursday, May 5, 2011

Flashback.

Susah sebenarnya jadi anak polis. Masa aku kecil dulu, hidup serba kekurangan. Tiap-tiap kali nak balik kampung, ayah kena sewa kereta sebab masa tu ayah hanya ada motor. Pergi sekolah mama bekalkan duit rm1, syiling emas lagi zaman tu. Makan? Mujur la masa tu  family aku kat Kuala Perlis. Ikan murah, tak pernah lagi kebulur. ayam seminggu sekali pon susah masa tu. Holiday? Jangan harap. Pernah sekali pergi Langkawi, masa aku masih tak kenal dunia. Kalau tak, Bukit Ayer saja lah yang ayah mampu bawa. Permainan? Game? Jangan harap lah. nak beli basikal pon susah masa tu. Ayah pulak kerja  tak tentu masa. Kesian ayah. Memang sial la sapa kata polis jahat! Dulu kalau dapat pegang duit merah RM10, dah kira kaya gila! Tapi simpan saja, tak berani aku nak belanja. Nanti mama ayah marah.
 
Sekarang? Totally changed! Hidup dah senang. Dulu ada 1 motor, sekarang 3 motor 2 kereta. Sorang satu boleh guna; ayah, mama, aku, angah, adam. Duit? tak seteruk dulu. At least sekarang kalau aku betul-betul tak ada duit, mama ayah boleh bantu.  Bercuti? dah makin banyak.Perlis, Pangkor. Semenjak aku ada lesen memandu, sejak itu jugak la aku selalu bawa family jalan-jalan. iCity, Aquaria KLCC, KL, Petrosains, macam-macam lagi la. Hidup aku masa umur 8 tahun dulu tak sama dengan hidupp adik aku yang umur dia baru 8 tahun sekarang. Bertuah. Kecik kecik dah pegang duit banyak. Umur aku 8 tahun, main dam ular. Adik aku? dah beli PS2 guna duit sendiri! Aku tumpang main aje lah.
alangkah bahagianya berada di rumah

Sunday, May 1, 2011

Sem 1,

Kolej Alamanda, UiTM KL.

view dari level 24. gayat gayat!

KL, view dari Kolej Alamanda

Jalan Klang Lama, waktu malam


Kolej Alamanda. Kolej kediaman UiTM paling mewah. ada lagi ke kolej kediaman UiTM condominium-based, 24 tingkat, ada bath tub, tiap-tiap unit ada air cond (even tak ada fuse), dengan 4 level basement car park, lobby ala-ala shopping mall, 5 minit ke Mid Valley, 15 minit ke pusat bandar KL, 20 minit ke Sunway Pyramid, accessible by rapidKL, apa lagi? senang cerita, ini la hostel kolej kediaman paling mewah penah aku jumpa sepanjang dok kat UiTM. even, kawan-kawan aku dari Intec Shah Alam pon kagum. pergh! makan? tak payah risau. inche' Jabir, makcik nasi campur, makcik jawa, nasi kerabu Pak Tam, mapley depan Pearl Point, tak payah risau. nak pegi mana? KL? Bukit Jalil, semua tu dekat. tapi sayang, semua ni tinggal kenangan. first day masuk sini, aku dok level 24. paling tinggi, serious. lepas habis MMS, tukar ke level 8. pernah masa MMS, aku kena lari dari level 4 sampai level 24, serious penat. nak tercabut kaki den. memang heaven dok kat sini. masa mula-mula dapat tau kena pindah Puncak Alam, aku rasa nak memberontak. damn! jauh dalam hutan, lepas tu lab masih kat Jalan Othman, whatthefish?






Philips

cantik. kan?

x x

entrance, UiTM Jalan Othman


Ini pulak kat FSK, Jalan Othman, PJ. masa mula-mula datang, ya Allah. jauhnya. naik bas, himpit himpit macam kuih talam, entah.  aku perasan Sapit berdiri sebelah aku masa tu. pusing pusing dah sampai. berminggu jugak la nak hafal jalan ke sini. kalau class awal pagi, siap. kena naik bas awal sejam. kalau tak? layan la tido dalam traffic jam. Federal Highway? Petaling? Pantai Dalam? semua sama. sem 2 dah start bawak moto, tak payah berebut macam monkey masa nak naik bas balik kolej. sem 3 dah mula bawak kereta, berani berani takut sebenarnya, tapi tak apa. masa mula-mula kenal lecturer MI, aku dok seat depan sekali kat DK1C, sebelah Jemi. agak-agak sebab apa la Miss Ann pick aku jadi class rep eh masa tu? hairan, pelik jugak. sem 1 ni la paling banyak masalah. sebab apa? tengok la sapa class rep depa (aku la tu huhh!). macam-macam title kitorang dapat. batch paling banyak masalah, batch pertama lawan cakap senior masa orientasi, batch yang selalu datang class lambat, tapi kan, batch mana yang almost half of the class dapat DL? batch mana? batch 13 la kan?


I met U during the 1st sem, u left me on my final sem.




Saturday, April 30, 2011

Today's Quote **

"To be honest with you you are among the best student I had for the past 10 years.keep it up!!"

John Kamal, HTI, May 1st

sapa yang tak suka bila dipuji. kan?

Thursday, April 28, 2011

Sem 1

online facebook, terjumpa ex-housemate masa kat Alamanda. macam-macam kitorang refresh, memories masa sem 1.


.......
....
..
....
..


mengantuk, esok sambung. selamat malam :)

Tuesday, April 26, 2011

sebentar, saya masih di sana

dah sebulan lebih tinggalkan Teluk Intan. tahu tak, aku rasa Teluk Intan lah tempat practical paling best even guna teknologi x ray kurun ke-20. aku tak kisah. bukak balik photo gallery, terjumpa gambar ni. hey hey korang, tahu tak, aku rindu sangat korang? kalau lah dapat gather macam dulu. kalaulah. kalau.



eh kejap. mana aku? oh lupa. again, camera menipu. nampak kurus HAHA! terima kasih inche' cameraman yang baik hati

ingin kembali ke masa  itu